PKG CHENDERONG BALAI

SELAMAT DATANG KE PKG CHENDERONG BALAI - TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

Wednesday 8 June 2016

PROGRAM HEBAHAN & PROMOSI BAGI PERTANDINGAN IDEA KREATIF & INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
Salam Perak Aman Jaya
Salam Perak Excellent

Tuan/Puan,

PROGRAM HEBAHAN & PROMOSI BAGI PERTANDINGAN IDEA KREATIF & INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Bersama emel ini disertakan surat hebahan mengenai program seperti di atas dibawah Inisiatif Pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOSC). Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga perkhidmatan awam. Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh melayari laman sesawang www.nbosccompetition.my atau menghubungi terus seperti yang tertera di dalam surat hebahan yang disertakan.

3.         Adalah diharapkan agar ada penyertaan dikalangan tuan/puan yang berminat. Tindakan tuan/puan selanjutnya adalah membantu mempromosi dan menguar-uarkan mengenai pertandingan idea kreatif dan inovatif kategori Perkhidmatan Awam ini ke peringkat sekolah.

4.         Kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

‘Inovatif Kreatif Aktif’

Saya yang menurut perintah

HASRI BIN ABU
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Media Dan Inovasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
05-292 4933 samb. 105
012-524 6258 / 016-526 6258

“BERSAMA-SAMA MELINDUNGI” 

NBOSC 2016

No comments:

Post a Comment