PKG CHENDERONG BALAI

SELAMAT DATANG KE PKG CHENDERONG BALAI - TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

Monday 27 June 2016

PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)

Pengetua/ Guru Besar,
Sekolah Menengah/ Rendah Negeri Perak.
Tuan,


Dengan sukacitanya perkara di atas adalah di rujuk.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 30 Mac 2016 bagi pelaksanaan program KABKS.

3. Ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Yayasan Kasih Astro untuk menyokong matlamat dan usaha KPM ke arah pembelajaran secara holistik kepada murid-murid seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

4. Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Astro akan membekalkan perkhidmatan Program KABKS seperti di bawah:

4.1 Pemasangan baharu di sekolah yang masih belum dipasang KABKS sejak tahun 2008.
4.1.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi pemasangan baharu terdiri daripada:
i. TV
ii. Set dekoder (DMT)
iii. Kad pintar  (Smart Card)
iv. Out Door Unit (ODU)

4.1.2  Pemasangan baharu KABKS dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak Yayasan Kasih Astro bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016.
4.1.3 Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan seperti berikut:
i. Sebuah meja bersain 37" (T) x 33" (L) x 24" (P)
ii. 1 unit AC (power point) untuk sambungan ke perkakasan
iii. Langkah-langkah keselamatan bagi memastikan set peralatan yang diberikan terjamin keselamatannya serta memudahkan penjagaannya
iv. Lokasi/ ruang/ bilik yang selamat dan terkawal bagi pemasangan
v. Lokasi pemasangan yang Out Door Unit (ODU) yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan warga sekolah seperti:
- di bumbung bangunan
- sekurang-kurangnya ditingkat dua
- kawasan selamat yang dipersetujui antara pihak sekolah dengan pihak KABKS

4.2 Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang KABKS sejak tahun 2008.
4.2.1 Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi penyelenggaraan (jika rosak) terdiri daripada:
i. Set dekoder (DMT)
ii. Kad pintar (Smart Card)
iii. Out Door Unit (ODU)

5. Untuk makluman pihak tuan, KABKS mengandungi 17 saluran pendidikan dan informasi. Kos pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dekoder dan yuran bulanan adalah PERCUMA.

6. Sila muat turun Instrumen Pemantauan Pemasangan Baharu KABKS/ Instrumen Pemantauan Penyelenggaraan KABKS dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.Instrumen yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada pegawai PKG kelompok masing-masing sewaktu kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan dilaksanakan di sekolah tuan.

7. Senarai nama sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program KABKS ini boleh diakses melalui url http://www.moe.edu.my/btp/2

8. Maklumat lanjut mengenai KAKBS ini boleh diakses melalui url http://www.astro.com.my/kampusastro


9. Sukacita diingatkan bahawa pembekal KABKS perlu melaporkan diri dan memohon kebenaran daripada pentadbiran sekolah untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan.

10. Jika ada pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi PKG kelompok masing-masing. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.




Thursday 16 June 2016

TEMPOH PENGGANTIAN BATERI BAGI CHROMEBOOK WIMAX OLEH YTLC SEBELUM ATAU PADA 30 JUN 2016

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Tempoh penggantian bateri bagi chromebook wimax oleh YTLC

Tuan/puan

Untuk makluman pihak sekolah, tempoh penggantian bateri menggelembung bagi chromebook wimax (guru) akan tamat pada 30 Jun 2016, mohon supaya sekolah-sekolah yang terlibat untuk login ke meja bantua YTLC ( 1bnselfcare) sebelum atau pada 30 Jun 2016 bagi membuat aduan kerosakan. Selepas tempoh tersebut, aduan tidak akan dilayan oleh pihak YTLC.

2. Sekolah yang terlibat :

     i      AEA5079 SMK SERI SETIA (5 chromebook wimax)     
     ii    ABA5075 SK RAJA MUDA MUSA (1 chromebook wimax)

3. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Chenderong Balai.
Sekian, terima kasih

“SEHATI SEJIWA”

  Emaazura 
EMAAZURA BINTI KAMDANI
Juruteknik Komputer
PKG Chenderong Balai
05-6512314




Wednesday 8 June 2016

MAKLUMAN: PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016)

Assaalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,
Salam 1Malaysia,
Salam Perak Amanjaya,
Salam Perak Excellent.

Pengetua,
Sekolah Menengah Seluruh Negeri Perak.

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2.         Merujuk lampiran surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BTP-PENT) 8800/41/20 Jld. 10 (29) bertarikh 12 Mei 2016. Pada tahun ini Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan  PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016) seperti yang dimulakan sejak tahun 2013.

3.         Sebagaimana YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, sedia maklum program ini adalah sebahagian daripada aktiviti program CyberSAFE In Schools yang berperanan meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan keselamatan siber dan keselamatan maklumat peribadi dalam kalangan murid.

4.         NICTSeD 2016 yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing akan bertanding dari peringkat awal hingga separuh akhir seperti butiran berikut:

    Tarikh          :   6 hingga 11 Ogos 2016
    Tempat        :   Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu
                            21600 Marang, Terengganu

5.         Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 19 Oktober 2016 bersempena dengan CyberSecurity Malaysia – Awards, Conference and Exhibition 2016 (CSM-ACE 2016) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

6.         Pihak penganjur akan menaja perbelanjaan makan minum dan perjalanan ke tempat pertandingan. Makan, minum serta guru pengiring semasa di BTPN Terengganu disediakan oleh penganjur.

7.         Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan mohon rujuk En. Sharuddin Bin Yusof, Penolong Pengarah (Ketua Unit Pembestarian Sekolah) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak di talian 05-2924933-116/019-5596906 dan boleh diakses melalui www.cybersafe.my/en/nictsed serta download lampiran yang disertakan.

Kerjasama pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

     Afifah
AFIPAH BIBI BINTI ABDULLAH
Pegawai Teknologi Pendidikan DG32
Pusat Kegiatan Guru Chenderong Balai,
D/A Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban,
36600 Chenderong Balai, Perak D.R.
Tel.Pej.:- 05-6512314
Tel. H/P (Rasmi) :- 0149415501


PROGRAM HEBAHAN & PROMOSI BAGI PERTANDINGAN IDEA KREATIF & INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM

Assalamualaikum
Salam 1 Malaysia
Salam Perak Aman Jaya
Salam Perak Excellent

Tuan/Puan,

PROGRAM HEBAHAN & PROMOSI BAGI PERTANDINGAN IDEA KREATIF & INOVATIF KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Bersama emel ini disertakan surat hebahan mengenai program seperti di atas dibawah Inisiatif Pertandingan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOSC). Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga perkhidmatan awam. Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh melayari laman sesawang www.nbosccompetition.my atau menghubungi terus seperti yang tertera di dalam surat hebahan yang disertakan.

3.         Adalah diharapkan agar ada penyertaan dikalangan tuan/puan yang berminat. Tindakan tuan/puan selanjutnya adalah membantu mempromosi dan menguar-uarkan mengenai pertandingan idea kreatif dan inovatif kategori Perkhidmatan Awam ini ke peringkat sekolah.

4.         Kerjasama yang diberikan oleh tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

‘Inovatif Kreatif Aktif’

Saya yang menurut perintah

HASRI BIN ABU
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Media Dan Inovasi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
05-292 4933 samb. 105
012-524 6258 / 016-526 6258

“BERSAMA-SAMA MELINDUNGI” 

NBOSC 2016

Sunday 5 June 2016

MAKLUMAN KEPADA PIHAK SEKOLAH YANG MENGHADAPI MASALAH CHROMEBOOK WIMAX BATERI MENGELEMBUNG UNTUK MENGHUBUNGI MEJA BANTUAN YTLC

Assaalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,
Salam 1Malaysia,
Salam Perak Amanjaya,
Salam Perak Excellent.

YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita bersama-sama ini dikemukakan senarai sekolah terlibat, bagi melaksanakan tindakan menghubungi meja bantuan YTLC untuk urusan penggantian bateri Chromebook Wimax:


Bil.
Kod Sekolah
Nama Sekolah
Chromebook 2013
Bateri mengelembung
Ticket
1
ABA1008
SK PENGKALAN BAHARU
1 Lab
2
NA
2
ABA2031
SK SIPUTEH
1 Lab
1
147981
3
ABA3040
SK BARU PARIT BUNTAR
1 Lab
3
NA
4
ABA4023
SK MANONG
1 Lab
1
NA
5
ABA6059
SK TAMAN JANA
2 labs
1
NA
6
ABA6061
SK TAMAN PALMA
2 labs
2
NA
7
ABC2112
SJK(C) WAN HWA (1)
2 labs
7
142787 & 142966
8
ABC4095
SJK(C) TSUNG WAH
1 Lab
2
NA
9
ABD2159
SJK(T) KERAJAAN
1 Lab
1
154049
10
AEA0038
SMK SUNGAI KERUIT
1 Lab
5
153527
11
AEA2047
SMK SERI KELEDANG
2 labs
1
NA
12
AEA5079
SMK SERI SETIA
1 Lab
5
NA
13
AEA5083
SM SAINS BAGAN DATOH
1 Lab
1
NA
14
AEA6050
SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
1 Lab
2
NA
15
AEA7008
SMK BATU 4
1 Lab
3
NA
16
AEB0042
SMK METHODIST
2 labs
10
154038
17
AEB3042
SMK KRIAN
2 labs
1
NA
18
AEE8701
SMK ISKANDAR SHAH
2 labs
3
NA
19
AKE6159
SM TEKNIK TAIPING
1 Lab
1
NA




































3. YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan (pihak sekolah), dipohon berhubung dengan pihak meja bantuan YTL melalui e-mail: moesupport@ytlcomms.my atau e-mel 018-7998787 (Isnin hingga Jumaat: 7.00 pagi sehingga 10.00 malam).

Kerjasama daripada  pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


(MEOR MUAZAM BIN MEOR ROHIDI)
Pegawai Teknologi Pendidikan
Unit Pembestarian Sekolah
Tel. Pejabat : 05-292 4933 (samb. 118)