Assaalaamu'alaikum
Warahmatullahi Wabarokatuh,
Salam
1Malaysia,
Salam Perak Amanjaya,
Salam Perak Excellent.
Salam Perak Amanjaya,
Salam Perak Excellent.
Pengetua,
Sekolah
Menengah Seluruh Negeri Perak.
YBhg.
Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan
sukacitanya perkara di atas dirujuk.
2.
Merujuk lampiran surat Kementerian Pendidikan Malaysia KP (BTP-PENT) 8800/41/20
Jld. 10 (29) bertarikh 12 Mei 2016. Pada tahun ini Bahagian Teknologi
Pendidikan (BTP) dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan melaksanakan PERTANDINGAN WACANA
KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN – PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY
DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016) seperti yang dimulakan sejak
tahun 2013.
3.
Sebagaimana YBhg.
Dato’/Datin/Tuan/Puan, sedia maklum program ini adalah sebahagian daripada
aktiviti program CyberSAFE In Schools yang berperanan meningkatkan kesedaran
berhubung kepentingan keselamatan siber dan keselamatan maklumat peribadi dalam
kalangan murid.
4.
NICTSeD 2016 yang melibatkan 16 buah sekolah mewakili negeri masing-masing akan
bertanding dari peringkat awal hingga separuh akhir seperti butiran berikut:
Tarikh : 6
hingga 11 Ogos 2016
Tempat :
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu
21600 Marang, Terengganu
5.
Pertandingan akhir peringkat kebangsaan akan dijalankan pada 19 Oktober 2016
bersempena dengan CyberSecurity Malaysia – Awards, Conference and Exhibition
2016 (CSM-ACE 2016) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
6.
Pihak penganjur akan menaja perbelanjaan makan minum dan perjalanan ke
tempat pertandingan. Makan, minum serta guru pengiring semasa di BTPN
Terengganu disediakan oleh penganjur.
7.
Maklumat lanjut dan
syarat-syarat pertandingan mohon rujuk En. Sharuddin Bin Yusof, Penolong
Pengarah (Ketua Unit Pembestarian Sekolah) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Perak di talian 05-2924933-116/019-5596906 dan boleh diakses melalui www.cybersafe.my/en/nictsed serta download lampiran yang
disertakan.
Kerjasama
pihak YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, menjayakan program ini didahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih
Sekian. Terima kasih
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
Afifah
AFIPAH BIBI BINTI ABDULLAH
Pegawai Teknologi Pendidikan DG32
Pusat Kegiatan Guru Chenderong Balai,
D/A Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban,
36600 Chenderong Balai, Perak D.R.
Tel.Pej.:- 05-6512314
Tel. H/P (Rasmi) :- 0149415501
No comments:
Post a Comment