PKG CHENDERONG BALAI

SELAMAT DATANG KE PKG CHENDERONG BALAI - TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI

Sunday 28 February 2016

BORANG DATA INISIATIF ICT 2016

Assalamualaikum
Salam Satu Malaysia

Pengetua/Guru Besar/Guru ICT/Juruteknik Komputer

Tuan/Puan,
BORANG DATA INISIATIF ICT 2016

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita bersama-sama ini dikemukakan borang tersebut yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan pihak tuan/puan selanjutnya.

3. Borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan ke PKG Chenderong Balai melaui pos atau serahan tangan selewat-lewatnya pada 11/3/2016 pada hari jumaat. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Chenderong Balai.

4. Segala perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,

   Emaazura 
EMAAZURA BINTI KAMDANI
Juruteknik Komputer
PKG Chenderong Balai
05-6512314




Borang Data Inisiatif ICT 2016


Tuesday 16 February 2016

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI PERAK.

Assalamualaikum
Salam Satu Malaysia

YBrs Tuan/Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SEBAGAI PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI PERAK.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersama ini saya sertakan hebahan iklan kekosongan tersebut. 

3. Segala kerjasama  serta perhatian yang tuan/puan berikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,

   Emaazura 
EMAAZURA BINTI KAMDANI
Juruteknik Komputer
PKG Chenderong Balai

05-6512314

Iklan Kekosongan Jawatan PTP Di PKG Negeri Perak

Monday 1 February 2016

EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT) DI BAWAH PROGRAM EDUCATION ALLIANCE AGREEMENT (EAA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Assalamualaikum
Salam Satu Malaysia

Pengetua/Guru Besar/Guru ICT
Tuan,
EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT) DI BAWAH PROGRAM EDUCATION ALLIANCE AGREEMENT (EAA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.
2.      Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Maklumat KPM telah mengedarkan DVD Microsoft Professional Plus 2016 (32 Bit Dan 64 Bit) dan Windows Pro 8.1 Pro Upgrade (32 Bit dan 64 Bit) di bawah program Education Alliance Agreement (Eaa) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan pihak sekolah.
3.    Untuk makluman, DVD perisian telah diedarkan ke Pusat Kegiatan Guru Chenderong Balai. Oleh itu pihak tuan boleh mendapatkan salinan perisian tersebut dimana pihak tuan perlu membawa 4keping DVD semasa hadir ke PKG. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi PKG Chenderong Balai.

4.   
Segala perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"



Saya yang menurut perintah,



   Emaazura 
EMAAZURA BINTI KAMDANI
Juruteknik Komputer
PKG Chenderong Balai
05-6512314